Assalamualaikum semua. How are you for today? Sekejap je dah masuk bulan 2 sekarang ni. Apa yang dikhabarkan berita baru ini adalah penyakit baru iaitu Coronavirus berpunca dari negara China yang membawa penyakit ini merebak ke seluruh dunia. Apa yang saya difahamkan penyakit ini merbahaya bermula dari sentuhan dan simptomnya adalah demam yang berpanjangan, batuk, pening kepala, sakit tekak dan selsema.
Jika ada simptom seperti itu segeralah berjumpa dengan doktor di hospital atau klinik berdekatan dengan anda. Dengan keadaan tidak selamat sekarang ni, kita perlu menghabiskan masa berada di rumah dengan lebih baik. Bukan kita nak halang mereka untuk keluar ke rumah, cuma kita perlu elakkan diri berada di tempat orang ramai seperti shopping mall dan wayang sebab kita tak tahu kemungkinan salah seorang daripada mereka mesti ada jangkitan virus ini akan menjangkit kepada orang lain.