Friday, April 10, 2020

HAVE A NICE DAY


Assalamualaikum semua. Korang buat apa dirumah, macam biasa rutin harian saya sebagai perempuan kenalah mengemas rumah, memasak, basuh baju dan sebagainya. Akhirnya PM pun dah buat keputusan PKP akan dilanjutkan sampai 28 April ni. Apa pun stay safe okay, mudahan Covid-19 akan ada perubahan secara menurun dan beransur pulih dengan cepat. Kalau korang ada Facebook dan Instagram korang boleh follow saya, tanak takpe saya tak paksa pun.Korang boleh tanya saya di chatbox saya punya, maaf saya tiada comment post di blog saya, kalau korang nak suruh saya follow back, silakan dan jangan lupa follow Blog saya okay. Thank you for following me dan saya hargai jasa baik korang semua. Have a nice day!

Thursday, April 9, 2020

SABAR


Assalamualaikum semua. Macam mana hari ni, okay ke tak cuti PKP selama 24 hari ni. Memang agak lama lah ya kita bercuti disebabkan covid-19 belum lagi beransur pulih sepenuhnya. Mengikut kes baharu dari 18 Mac- 9 April ni tiada apa perubahan semuanya  100+ kes virus ini, saya difahamkan korang memang bosan sangat  dirumah tak tau nak buat apa. Bertabahlah ya, saya rasa kita akan bersambung bercuti sampai pertengahan bulan puasa.

Saya memang setuju sangat kalau PKP ni berlanjutan untuk kebaikan kita semua, jika tidak kes ini akan bertambahlah pesakit dekat hospital. Kasihanilah dekat doktor, polis dan askar mereka bertungkus lumus nak merawat dan menjaga rakyat kita dengan baik tapi rakyat kita ni memang degil nak keluar berjalan ke rumah sebab dah muak duduk rumah terperap lama sangat. Setengah rakyat kita tidak setuju jika PKP dilanjutkan sebab ada yang bekerja swasta dan bagi orang yang meniaga macam mana diorang nak cari keuntungan untuk sara hidup dia dan juga bayar gaji dekat majikannya. Lebih baik PM sahaja lah yang menentukan keputusan mereka macam mana.

#stayathome. Jangan nak keluar rumah