Assalamualaikum semua. Macam mana hari ni, okay ke tak cuti PKP selama 24 hari ni. Memang agak lama lah ya kita bercuti disebabkan covid-19 belum lagi beransur pulih sepenuhnya. Mengikut kes baharu dari 18 Mac- 9 April ni tiada apa perubahan semuanya 100+ kes virus ini, saya difahamkan korang memang bosan sangat dirumah tak tau nak buat apa. Bertabahlah ya, saya rasa kita akan bersambung bercuti sampai pertengahan bulan puasa.
Saya memang setuju sangat kalau PKP ni berlanjutan untuk kebaikan kita semua, jika tidak kes ini akan bertambahlah pesakit dekat hospital. Kasihanilah dekat doktor, polis dan askar mereka bertungkus lumus nak merawat dan menjaga rakyat kita dengan baik tapi rakyat kita ni memang degil nak keluar berjalan ke rumah sebab dah muak duduk rumah terperap lama sangat. Setengah rakyat kita tidak setuju jika PKP dilanjutkan sebab ada yang bekerja swasta dan bagi orang yang meniaga macam mana diorang nak cari keuntungan untuk sara hidup dia dan juga bayar gaji dekat majikannya. Lebih baik PM sahaja lah yang menentukan keputusan mereka macam mana.
#stayathome. Jangan nak keluar rumah