Assalamualaikum semua. Selamat hari bekerja dan saya doakan agar segala urusan pekerjaan semuanya dipermudahkan dengan baik pada hari ini dan keesokannya. Hari ini saya nak bercerita berkenaan dengan JOB part 2 sebab sebelum ni saya ada update benda yang sama. Tapi kali ini saya nak beritahu pada anda semua apa yang korang pernah alami sebelum ni.
Bila buat sesuatu pekerjaan kenalah teliti, cermat dan kekemasan tak ada lah 2-3 kali korang nak kena buat balik, tak rasa leceh ke buat benda berulang sama. Semua orang di dalam office perlu lah ambil tahu pekerjaan apa yang diorang buat bukannya buat tak endah dan tak ambil peduli langsung. Bila bos korang akan tanya berkenaan projek takkan korang nak jawab 'tak tahu bukan kerja saya, dia patutnya kena bagitu pada bos' atau pun 'entah, tak tau' memang cari nahas.
Melainkan kalau office korang besar setiap department ada bahagian tersendiri yang diorang kena buat. Bagi office yang kecil, setiap pekerja perlu ambil tahu setiap apa pekerjaan yang kena buat. Jangan ada sikap pentingkan diri sendiri , ianya membuat majikan anda rasa menyampah bila tahu sikap korang macam tu. Korang kenalah belajar berkenaan dalam office contohnya kena buat surat untuk dato, buat pengiraan dalam excel dan sebagainya sebab itu semuannya kerja basic yang korang kena tahu buat.
Kepada sesiapa yang bekerja tetapi tiada pengalaman, jangan sesekali mudah berputus asa, InshaAllah suatu hari nanti pekerjaan yang korang semuanya dipermudahkan. Buatlah kerja dengan bersungguh, niat datang kerja kerana Allah, keluarga dan diri sendiri pedulikan orang nak kata apa bukannya dapat apa pun bila korang bergaduh cakap belakang.