Assalamualaikum semua. Selamat berhujung minggu kepada sesiapa yang berada di rumah, keluar berjalan dengan family, berdating mahupun tengah bekerja hari ini. Cuti weekend memang saya banyak habiskan masa dirumah berbanding keluar berjalan. Hari ini saya nak cerita berkenaan dengan JOB,
Alhamdulillah 2 bulan lepas saya baru dapat pekerjaan sebagai admin walaupun saya tiada pengalaman dan bekerja diswasta bukan kerajaan, tapi saya rasa bersyukur sangat kerana bos saya menerima saya sebagai pekerjanya. Saya bersyukur dan hargai setiap pemberian yang dia pernah bagi pada saya kerana bos saya seorang yang baik hati dan permurah orangnya. InshaAllah saya akan berkhidmat lama di tempat kerja baru saya selagi saya mampu boleh buat walaupun saya staff baru di sana dia memberi layanan yang sama seperti orang lain.

Kepada sesiapa yang masih mencari lagi pekerjaan, Insha Allah rezeki Allah pasti ada dengan usaha kita dan sentiasa berdoa kepadan-Nya, cuma lambat atau cepat ianya bergantung pada keadaan kita. Saya selalu cari job di website Facebook, Maukerja, Indeed, Jobstreet dan Jobfair, banyak jawatan kosong yang korang boleh pilih ataupun cari job berdekatan dengan tempat tinggal korang . Bila korang tengok job description yang dia bagi tu, kenalah tengok korang punya experienced kerja sebelum ni macam mana, boleh buat ke tidak. Kadang job yang dia nak, berkaitan dengan kelulusan yang dia mahu kepada fresh garduate dalam bidang pekerjaan tu sesuai ke tidak.
Zaman sekarang memang susah nak cari pekerjaan yang bersesuaian dengan kita kerana kebanyakkannya ramai yang budak habis spm dan fresh graduate yang masih belum dapat pekerjaan lagi. Tiada alasan untuk kita malas bekerja, orang yang susah dan oku pun boleh bekerja sedangkan kita yang cukup sifat dan sihat pun masih malas nak bekerja lagi-lagi orang yang muda.
Kalau tak nak bekerja makan gaji, korang boleh buat bisnes sendiri ramai je usahawan muda yang berjaya buat bisnes janji korang kena buat sesuatu benda mesti fokus dan bersungguh bukan sekali gagal korang dah give up. Ingat yang berjaya tu tak pernah gagal ke sebelum ni, pasti ada cuma korang kena kuat mental dan fizikal barulah berjaya. Biarlah kita bersusah dahulu, senang dikemudian hari.

Usaha tangga kejayaan.