Thursday, January 9, 2020

MOVIE/DRAMA

Assalamualaikum semua. Thank you semua sebab sudi baca entry blog dan juga follow blog saya, Insha Allah saya akan follow and blogwalking korang punya, disebabkan busy dengan bekerja, cuti weekend nanti saya akan jenguk blog korang okay. Kalau korang nak tanya apa-apa pada saya, chat box tu ada disebelah, nak tanya untuk saya kongsikan cerita berkenaan apa pun boleh, saya cuba kongsikan jangan malu dan segan okay.



Hari ini saya nak bercerita berkenaan dengan movie DOOR LOCK dari korea. Cerita ni berkenaan kisah misteri dan pembunuhan. Bermulanya ada seorang perempuan yang tinggal di apartment secara berseorangan, tiap kali dia bangun dari tidur kepalanya rasa pening macam ada sesuatu benda tak kena padanya. Tapi lama kelamaan ada kelibat seorang lelaki masuk ke rumahnya pada waktu malam secara senyap bila perempuan tu sudah tidur. Setiap kali bila perempuan tu keluar nak pergi bekerja akan tukarkan password pintu kunci rumahnya, tetapi malangnya bila dia balik sampai ke rumahnya, ada seseorang cuba pecah masuk kerumahnya. Dia berasa takut dan curiga lalu dia menelefon polis untuk datang kerumahnya, malangnya polis tiada jumpa bahan bukti mengatakan ada orang cuba pecah masuk ke rumahnya. Akhirnya dia ambil keputusan untuk menyiasat kes ini secara bersendirian dan meminta pertolongan dari rakan baiknya.

Korang kena tengok movie ni memang best, agak menyeramkan dan rasa berdebar bila tengok movie ni. Tak rugi bila korang tengok permulaan memang agak lambat perjalanan ceritanya dan kurang faham sedikit. Lama kelamaan korang akan faham kenapa dia buat macam tu padanya.  Ada tak cerita best movie/drama yang boleh anda kongsikan bersama dengan saya sebab saya memang suka tengok movie/drama.

Hope you guys enjoyed it