Monday, December 30, 2019

GOOD BYE 2019, WELCOME 2020



Assalamualaikum semua. Hari ni sudah penghujung tahun 2019 dan sekarang dah nak masuk tahun baru 2020. Apa impian anda untuk tahun baru nanti? Adakah impian anda untuk tahun ini tercapai atau tidak? Semoga untuk tahun baru ni kita akan buat yang lebih baik dari sebelum ni dan berharap apa yang kita nak selama ni impian kita akan tercapai, apa yang kita ada buat kesilapan sebelum ni anggap sahajalah sebagai pengajaran bagi kita. Bila kita teringat benda yang dah lepas, kita akan rasa menyesal kenapa kita tidak buat yang terbaik sebelum ni dan berharap benda yang dah lepas tidak perlu diingatkan lagi. Bak kata orang putih "life must go on". Dunia kini makin mencabar sekarang, buat tak endah sahaja bila ada orang cuba bercakap keburukan tentang kita.