Friday, January 24, 2020

JODOH




Assalamualaikum semua. Hai korang, cuti hari ni tak kemana ke sempena cuti perayaan Tahun Baru Cina ni. Bestnya dapat pergi jalan kemana atau pun balik ke kampung luangkan masa bersama dengan keluarga. Hari ni saya nak bercerita berkenaan dengan Jodoh. Sejak usia makin meningkat kebanyakkannya manusia akan berfikir dengan siapa kita akan berkahwin. Tak semudah untuk kita impikan kerana banyak dugaan dan cabaran yang kita kena tempuhi semua ini.

Semua orang percaya bahawa jodoh itu rahsia dari Allah, jodoh itu bukannya datang sendiri tetapi kita kena berusaha untuk mencari pasangan yang bersesuaian dengan kita. Saya sebagai perempuan perlulah membuat pilihan calon lelaki yang bersesuaian dengan kita, kena ada ciri lelaki yang kita impikan, seorang yang baik, boleh ajari tentang keagamaan dan dapat mak mentua yang baik.

Kalau boleh kita jangan terlalu memilih mencari pasangan yang perfect sangat nak yang cantik/hensem, yang berduit banyak, nak ada pangkat yang tinggi dan kehidupan mewah. Sebab itu kita kena terima kekurangan dari pasangan kita, Insha Allah kebanyakannya lepas berkahwin rezeki akan melimpah ruah dengan hasil usaha dan kesabaran kita. Bila hati anda rasa curiga terhadap seseorang, rajinkanlah diri buat solat istikharah, mudahan Allah beri petunjuk dari hambanya.

Setiap pasangan mesti akan merasa ketakutan dan rasa gementar bila berhadapan situasi ke alam perkahwinan. Yang masih belum berkahwin lagi janganlah di tanya bila 'nak berkahwin' 'dah berpunya ke belum' ' tak ada siapa nak dekat awak ke' 'tak malu ke jadi anak dara tua' siapa tak marah bila ada orang tanya soalan macam tu. Mungkin jodohnya belum ada lagi kita doa baik-baik untuk dia.