Assalamualaikum. Hari ni nak cerita sikit berkenaan dengan GAJI semua orang suka bila dah tau tarikh bila korang akan dapat gaji. Ada yang dapat hujung bulan ataupun dapat awal bulan depan. Mesti korang dah plan kan gaji korang nak buat apa sama ada nak bayar bil rumah, kereta, hutang, shopping dan sebagainya. Tapi bila bershopping tu, kenalah ikut kemampuan masing-masing, janganlah terlalu ikut sangat nafsu untuk menghabiskan duit dan jangan terlalu ikut orang lain, yang selebihnya gaji kita dapat tu buatlah saving sedikit pon jadilah asalkan adalah duit untuk menyimpan senang nak guna bila ada emergency akan datang.
Walaupun pendapatan gaji kita sama ada besar atau kecil, kita perlu rasa bersyukur selalu kerana rezeki dari Allah sentiasa bagi pada kita ianya datang hasil usaha kita mencari rezeki yang halal. Niat kenalah ikhlas, jujur dan amanah bila kita buat sesuatu pekerjaan barulah gaji kita sentiasa diberkati oleh Allah. Bila dah dapat gaji nanti, bagilah sedikit pada ibu ayah dan juga adik beradik walaupun mereka tidak meminta, kenalah bagi juga semoga kita sentiasa dimurahkan rezeki. Ibu ayah saya selalu berpesan, gunalah sebaiknya bila dah dapat gaji nanti dan jangan terlalu boros sangat. Beli jika perlu sahaja bukan nak menghabiskan duit hari ini juga, nanti menyesal tidak berguna