Saturday, October 20, 2018

NEVER FORGET..

Hi guys, siapa pernah ambil lesen kereta tapi pengalaman yang tidak boleh lupakan?  Serious saya tak boleh lupa apa yang dah berlaku dalam diri saya. Saya akan ceritakan pengalaman kegagalan saya bersama dengan JPJ. Mulanya macam ni, hari khamis (JPJ)  penentuan segalanya sama ada lulus atau gagal untuk dapatkan lesen kereta buat selamanya. Ada dua pilihan sama ada korang nak ambil lesen manual atau pun auto sebelum korang daftar untuk ambil lesen. Bezanya harga dan lesen, lesen manual boleh bawa kereta auto tetapi lesen auto tidak boleh bawa kereta manual. Faham kan? 

Ramai juga yang hadir masa tu, rasa gugup tu tak boleh nak hilang bila berhadapan dengan orang JPJ ni. Mulanya kena buat rpk dulu, yang paling pelik dia suruh saya check enjin sahaja yang lain tak payah. Risau pula kalau dapat fail nanti. Then dia bahagikan kepada 2 group , group 1 buat dalam litar dan group 2 buat jalan raya sebab nak habiskan cepat.

Saya di bahagian group 2 buat jalan raya dulu, bila nama dipanggil ikut giliran nombor saya kena masuk dalam kereta, lepas tu kena buat rsm dulu. Dia (JPJ)  cuma tengok je apa saya buat muka macam garang je tak tau lah nak senyum ke tidak. Saya pun buatlah rsm, cito dan gerakkan kereta menuju ke arah jalan raya.

Semasa berada di jalan raya menuju di bahagian jambatan agak berbukit sedikit  sebab bawah ada laluan ktm. Tetiba enjin kereta mati mengejut, menggelabah saya cepatx2 brek nasib tak berlanggar kereta dibelakang. Mandatory saya digagalkan. Saya rasa stress sangat, dia pun tegur kenapa guna gear 3 lain kali tukar gear 1 sebelum naik jambatan kan bukit sikit tu. Nasib baik saya lulus bahagian litar. Kena bayar untuk ujian buat kali kedua minggu depan nanti

Next week ujian kali kedua saya dibahagian ulangan tak sama macam hari tu. Group kami tak ramai tapi kami kena buat ujian dulu. Saya cuba buat yang terbaik tak nak buat yang sama. Bila dah buat rsm, cito dan baru menuju ke jalan raya. Nasib baik lepas dari jambatan tak mati enjin. Bila bawa tu okay lepas dari highway nak balik ke inmaju, bila saya dah bagi signal takde kereta dibelakang, saya terus masuk.

Tetiba dia (JPJ)  terus pusing stereng saya, dia cakap kenapa tak bagi kereta dibelakang jalan dulu sampai terbenti kereta tu awak buat. Saya pun pelik mana datang kereta ni muncul. Terus dia gagalkan saya. Banyak dia komen masuk gear tak pandai lepas tu masuk lorong terburu buru. Haiih rasa nak nangis je. Next week kena bayar lagi buat kali ketiga terpaksa hadirkan diri untuk dapatkan lulus ujian. Alhamdulilah saya berjaya jugak akhirnya, nasib baik semuanya okay  terima kasih JPJ sebab banyak tolong saya. Hasil usaha saya tak siax2.
Tips untuk korang yang bakal ambil lesen kereta tu, korang cuba latihkan diri bawa kereta dekat tempat kawasan lapang tak ada orang,  baca buku biru yang tebal tu masa korang dapat  mula - mula daftar dan tengok youtube.  Saya ni bukan rajin buat latihan semua tapi saya tengok cara dia buat macam mana. Semuannya lengkap apa yang dia bagi semua sama je yang bezanya cara kita bawa kereta tu je. Good luck okay, gagal bukannya gagal seumur hidup tapi gagal tu lah yang buat kita tahu mana kesalahan kita buat kita sampai berjaya.